Thursday, October 23, 2008

5 MM

Dari kiri : Iera (pembantu MM), John (pomen MM), Ros (pengiring MM), Remy (pengiring MM) & Qiellah (MM)
Petikan gambar : masa gath Joe German

Petikan gambar : Masa Open House Raya di rumah keluarga Qiellah pada 5.10.08.

Santai Raya 5 MM

Ini lah dia gambar 5MM. MM tue apa? MM tue adalah Geng Malaikat Maut. (mungkin ada yang tidak berapa selesa... maaf... masing2 ada pandangan tersendiri) Kenapa di beri nama MM? munculnya 5 MM tue di sebabkan satu insiden selekoh tajam aku dan ros bantai tekan minyak hingga menyebabkan penumpang di belakang terpenyek kena hempap hahaha... kereta hampir2 nak terbalik tapi alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kami. Yang peliknya aku dengan ros masih tak serik... lagi mau bawak kete laju2.
Serba sedikit perkenalan antara kami aku nak share dengan kalian semua.
Perkenalan dengan Iera :
  • bermula masa gath marco turun ke KL dari Singapore. Gath makan2 di Pelita, KL.
  • aku yang sememangnya kenal dengan bairie telah di ajak tuk pergi ke gath KL10 ( pada awalnya aku merupakan budak dari KL3.
  • aku pergi ke sana dengan muka tak taw malunyer... itupun setelah di paksa rela oleh bairie dan masa.
  • pergi ke sana dengan menaiki kereta iera.
  • tak sangka hubungan kami memang rapat sehingga kini. alhamdulillah

Perkenalan dengan Remy & John

  • nie lagi kelakar... kenal budak 2 ekor nie masa kami buat gath santai & lepak di Port Dockson
  • aku yang sememangnya kecoh lebih2 gie bila bertemu dengan iera makin menjadi2 ler pangai...
  • masa kat sana ada sessi men muzic box... si remy kena wat aksi pendekar
  • john plak kena cium bangula
  • iera kena say i love u kat bairie
  • aku plak kena nyanyi ala2 sengau... memang cam hampeh jer umi.... aku ler org paling last kena.... rupanyer memang semua kena ...
  • kemain suka ria lagi masing2 bila taw giliran aku plak

Perkenalan dengan Ros

  • di perkenalkan oleh Butter.
  • 1st time jumpa masa gath santai bowling kat mines
  • perkenalkan dia dengan panggilan sebagai hanazila.
  • semua orang tertipu

Alhamdulillah perhubungan kami kekal hingga ke hari nie dan aku amat berharap agar ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kami selalu keluar bersama2 dan mengadakan aktiviti bersama2... selalunya aku lah yang jadi master program sampaikan bila lepak dengan dak2 lain semua nak tanya persetujuan aku plak... hubungan kami dah macam adik beradik dah.

Memang agak sukar tuk mengumpulkan 5 MM nie... apa pun insya'allah aku akan cuba dapatkan dan mengambil gambar2 5MM untuk tatapan kalian. Kalau nak lebih taw program aku dalam dunia cyber korang layari laaa http://sesuciqiellah.fotopages.com





SeLaMaT DaTaNg...




Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Saya bukan pemuisi yang bisa mencantumkan baris-baris kata menjadi untaian madah yang mampu menyegarkan cinta... Saya bukan pelukis yang bisa melukis dan mewarnakan kanvas dengan warna-warni indah yang mampu menenangkan jiwa... Saya bukan penulis yang bisa menulis takdir cintaku menjadi kisah cinta terhebat abad ini... Saya cuma manusia biasa yang hidup di atas takdir Tuhan yang tertulis buatku dengan sedikit usaha untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik...
Hari ini merupakan hari pertama masuk semula ke pejabat setelah hampir 2 minggu menghilangkan diri dari dunia cyber. Terima kasih kepada kawan-kawan yang begitu prihatin terhadap diri ini dan sejuta kemaafan di pohon kerana membuatkan kalian risau akan ' kehilangan' diri ini.
Setelah melihat dan membaca sendiri blog seorang rakan cyber merangkap sahabat baik ku Cik Hajar, hati ini tergerak untuk membuat blog sendiri. Alhamdulillah Jaja sedia membantu dalam proses membina teratak ini. Tujuan utama membuat blog ini adalah untuk mencoretkan dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini yang tidak dapat di luahkan demi menjaga hati orang lain.
Kepada sesiapa yang telah melawat blog ini, sejuta kemaafan seandainya ada kata2 saya yang telah mengguriskan hati dan perasaan anda. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Ini sekadar sebuah Luahan Hati Seorang Aqiellah @ Nadia.